Thursday 24 January 2013

Cooking Demo..

Jumaat lepas, aku ada buat cooking demo kat sebuah klinik desa di daerah tempat aku bekerja.. walaupun skill memasak aku bukan setaraf dgn mastercheff atau cheff2 di blog2 korg tu..atau korg sendirila cheffnya..hihi, aku try jugakla masak2..target group yg aku buat ni adalah untuk kanak-kanak yang kurang berat badan dgn kata lainnya graf pertumbuhan mereka berada di garisan kuning atau merah..faham x? ni untuk kanak-kanak di bawah umur 7 thn bermakna yg belum sekolah lg la..
aku buat resepi yg sgt simple..korg pun mesti lg terer kan..cumanya aku modified supaya menu tu sesuai utk kanak2 atau sesiapa yg kurang berat badan..atau dgn kata lainnya menu yg high calori la..



aku minta bantuan salah seorang ibu utk membantu aku melenyek pisang..

aku pakai apron dari bengkel masakan yg pernah aku hadiri dari Majalah Anis.. 

 Alamak...terhangit plak..keh...keh..malu den..

Kesimpulannya..lempeng ni mmg sgt sedap..sume ibu2 puji kata lempeng yg aku buat sedap..anak2 diorg lagila bertambah2 makan...alhamdulillah..biasanya diorg buat lempeng letak tepung, air dan garam..tp aku tambah lagi dgn telur+susu tepung penuh krim+planta yg dicairkan bagi meningkatkan lagi kalori lempeng tersebut..

tepung pulut yang ditambah sedikit akan memperbaiki tekstur lempeng menjadi lebih lembut dan tidak liat berbanding jika hanya menggunakan tepung gandum sahaja..

Ni aku tepek sekali resepi lempeng tersebut, manalah tau anak korang ada yg kurang berat ke..ok..selamat mencuba..
RESEPI LEMPENG PISANG
Bahan-bahan:
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung pulut
1 biji telur
4 sudu makan susu tepung penuh krim
3 sudu makan marjerin (dicairkan)
2 sudu makan gula Melaka
2 biji pisang berangan (dilenyek)
½ cawan air
Sedikit marjerin untuk menggoreng
Cara memasak:
1.       Campurkan kesemua bahan. Gaul sehingga sebati.
2.       Panaskan kuali leper. Sapukan sedikit marjerin di atas kuali leper.
3.       Masukkan dua senduk ke atas kuali. Masak hingga kekuningan.
(Hidangan untuk 5 keping)

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...