Tuesday 21 May 2013

SSF Pertama Kompleks

Seperti yg telah dijanjikan..aku nk tunjukkan bunga2 yg sgt cantik ni..terpulang pd seseorg utk menilainya..ada  yg kata biasa shj..tp ada sesetgh org kata cantik..ia sgt subjektif..sebenarnya aku dah pegi cni 3 kali jugakla sebab nk cari bunga utk adik aku kawen..nak yg cantik dan simple..disebabkan harganya yg agak mahal, jd kami share2 lah adik beradik utk membelinya..lepas habis kenduri kawen ni, masing2 bawa balikla buat hiasan kat rumah sendiri pulak..kalau korang nak tengok bunga tu..tunggu lepas habis kenduri okay...




























Friday 17 May 2013

Kabinet Tv Part II

sila abaikan persekitaran yang menyemakkan..haha..sebab pindah2 dulu, play pan anak aku pun hancur..tunggu masa nak buang je..kalau nak baca entri terdahulu boleh baca SINI

Setelah hancus kabinet tv di ruang tamu oleh budak berdua tu,maka kami pun survey2lah idea2 sedikit sebanyak utk design kabinet tv melekat tu..husband aku xmo kaler yg cerah sebab bingkai tv idaman beliau tu kaler silver..ada beberapa tempat jugak yang kitorg survey termasuk Kian Classic dan G-Classic Kitchen Sdn. Bhd.. Kian Classic tu mmg ada offer..(RM 1669) tapi malangnya kabinetnya kaler putih/cerah.. salesman tu kata xboleh pilih material warna lain..terus kitorang blah je la..sbb dia nak habiskan stok kabinet sedia ada tu..

Survey pulak G-Classic kat Taman Jasmin, Kajang. dulu kakak aku amik dgn dia la..masa tu showroom dia kat Taman Kajang Prima skg dah pindah ke Taman Jasmin. G-Classic ni nak clearkan kabinet tv kat showroom dia, design dia pulak sebijik mcm kakak aku punya, bezanya cuma rak kaca dgn kayu je..tapi kalau amik yg ni mmg xmatchingla dgn tema ruang tamu rumah kitorang..minta dia quotation, dia bagi kalau saiz 9 kaki x 200inci harganya RM3700. termasuk la lampu2 T5 bagai..Material melamine. cam mahal kan??terus xjadi amik dgn dia..


Design kabinet tv ni husband aku gabungkan antara Kian Classic dgn G-Classic..haha.. 
Last2 husband aku pilih SCI untuk menyetelkan hal kabinet tv melekat ni..sbb dulu pernah amik dgn dia juga..so far, berpuas hati la dgn material SCI.. 

 ok, sama x dgn lakaran design? play pan tu masih di situ..bilakah ia akan disingkirkan?huhu..

Setelah tv dan home theater systems dipasangkan..

Ni wajah terakhir kabinet tv yg baru..2 frame tu aku beli kat Ikea..RM13.90 sebijik..pasu tu aku dh bgtau pd entri yg lalu kan..
Untuk rujukan sapa2 yg sedang renovate rumah atau akan renovate rumah bolehlah buat budget utk kabinet tv ni..mungkin ada yg lebih murah atau lebih mahal bergantung kpd material, kualiti dan sebagainya..
 
Kabinet tv ni 8" + frosted glass + sliding door
material: Melamine ABS
Handle: Aluminium built in
Harga: RM2700 di SCI

Tuesday 14 May 2013

Hiasan Bilik Air Part II

Ingat tak sebelum ni aku ada post pasal hiasan bilik air di master bedroom.. boleh tengok kat sini Hiasan Bilik Air Part I .. sebenarnya bunga ni aku sendiri pun xsure lagi nak letak kt bilik air atau kat atas chest drawer..

cuba try letak kt bilik air..

tak leh nk amik gmbr keseluruhan bilik air sbb nnt nmpk aku kt situ, xpki tudung..cermin tu mmg kitorg buat seluas2 dinding bilik air, baru nampak luas sikit..
 
ni sudut yg lagi satu tempat letak sabun mandi, syampu, pencuci muka, berus gigi dan ubat gigi serta penyental badan..
 
ok..itu sahaja... sekian..tgh memikir lagi macammana nak mencantikkan bilik air dan seisi rumah..
 
 
 

Jalan-jalan di SSF Pertama Kompleks

Wah...mari mencuci mata lagi..kalau dah namanya pompuan mmg suka sgtla bab2 cuci2 mata ni kan? korang suka x?hehehe.. suatu ketika dulu, aku penah masuk SSF ni yang kat Jln TAR, pertama kali tengok bunga2 kat situ, mmg cantik dan bila pegang, rasa macam bunga betul la..xtipu..tp bila tengok harganya..menangis air mata darah...fuh.. mahal giler.. sekarang SSF tu dah pindah ke Pertama Kompleks tingkat 3..

Nak tengok apa yang mampu aku sambar..hehehe..




apekah dalam bungkusan itu???





tada.....











simple je kan..seketui ni harganya RM 12.90..dua  ketui, darabla dua eh..

aku cadang nak letak kat kabinet tv tingkat bawah.. yg ni aku test kt tv master bedroom



 bekas kaca tu harganya RM 25.. bunga tulip 20 kuntum tu Rm49.90..kalau pegang bunga ni mcm ada putih2 kat batang dia..kengkonon mcm real la..


yang ni pulak aku try letak dlm bekas kaca yg beli kt ikea RM 6.90 kalau xsilap aku..nampak bunga ni kembang sikit sbb bekas kaca tu pendek dan kecil berbanding yg atas td..

bunga tulip yg nmpk kuncup tu, aku ingat nak letak batu2 putih dalam tu supaya tangkai bunga boleh tinggi sikit dan nmpk kembang sikit..


Sebenarnya kat dlm SSF tu xboleh amik gambar, mana aku tau..dah snap byk gambar tibe2 ade sorg staff tu kata xboleh..haha..patutla aku tgk customer lain amik gmbr curi2..kui..kui.. gambar kat atas tu sume aku snap setelah tiba di rumah... korang nak tengok x gmbr yg aku dah "ter..ambil" tu? ...sure tergoda.. maybe next entri aku tunjukkan.. jgn marah ye staff SSF.. =P


Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...