Thursday 24 October 2013

Turki: Istanbul Aku Datang \('',)/

Assalamualaikum, lama sudah tidak update blog.. ke mana aku menghilang selama ini ye? hehe.. Alhamdulillah diberi rezeki untuk berjalan-jalan lagi tahun ni.. Tahun ni kami tidak berdua, tetapi berempat dengan anak2 sekali..bezanya, bila melancong dengan anak2 yang masih kecil, memang sangat mencabar...

Dari KLIA, aku datang dgn Adam dan Aqil, husband aku pulak tunggu kitorang di Dubai.. Travel dgn 2 anak kecil yang tgh melasak mmg sgt menguji tahap kesabaran aku..boleh pulak Aqil berbaring2 n meniarap lagi di lantai sbb penat sgt berjalan menuju pintu gate yang sgt jauh..pastu kene naik train lagi..Adam pulak dah terduduk2 masa nak berjalan.. kesiannya diorg.. stroller pulak aku dah check-in.. dlm flight masa nak take-off mmg menangis la diorg..xterkontrol aku..mmg suara diorang je yg kedengaran..huhu..sadiss.. 
Flight yang aku naik ni flight Emirates KL ke Dubai, then dari Dubai, naik Pegasus ke Istanbul.. Kalau xsilap aku MAS mmg ada direct flight ke Istanbul, tapi sebab husband aku tunggu kat Dubai, so kitorang jumpa dia dulu kat sana..

Sebenarnya percutian kali ini ialah selama 7 hari di Istanbul dan 4 hari di Dubai.. lepas jalan2 di Istanbul baru kitorang ke Dubai semula then terus pulang ke KL.. pastu balik dari bercuti, kerja yg menanti dah melambak..haha.. 

Antara tempat yang popular di Istanbul ni ialah Masjid Biru atau Blue Mosque..
 Suasana mlm di Blue Mosque..waktu malam lg sejuk..
Yang ni pulak ialah Hagia Sophia atau Aya Sophia..

Masa kami pergi ni baru nak masuk musim luruh..daun2 masih ada yang hijau dan baru sikit2 nak kekuningan..waktu ni dah start sejuk..lagi2 bila time hujan, hujan dia pun xla lebat, mcm gerimis2 gitu..tp sejuknya mmg tak menahan..kdg smpai 7-8 darjah celcius..

Bahagian dalam Hagia Sophia..dulunya gereja, lepas Islam menakluki Turki, ia menjadi masjid, selepas Kamal Attarturk ambil alih, tempat ni menjadi muzium..

Aku menginap di Angel Home Hotel yang terletak di kawasan Sultanahmet..dari hotel nak ke Blue Mosque dan Hagia Sophia mmg dekat, boleh jalan kaki ja..2 minit dah boleh sampai, tapi kitorang bawa budak dgn stroller, lebih kurang 10 minit juga la sbb kwsn berbukit, byk guna tenaga utk menolak stroller.. 



Hotel yang bertemakan Klassic Turkey's Style..

Bahagian atas hotel ni, boleh nampak view Blue Mosque..tp kene pilih angle yg boleh nmpk la.. yg ni jauh sikit..xjumpa lak gmbr yg jelas..sume gegar..cet..

Okey la..nanti aku sambung cerita lagi..xsempat nak cerita pjg2..

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...